Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Perjalanan awal menjadi dropshipper

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Nampaknya sudah lebih sebulan saya tidak menulis sebarang pos di SaifulSham. Ke mana sebenarnya saya menghilang disebalik kemunculan Sabri di gathering Wangcyber dan pos-posnya di SaifulSham kebelakangan ini.

Baiklah,

Saya mempunyai banyak sebab mengapa saya tidak banyak menyumbang penulisan. Pertamanya, saya telah pun menamatkan pengajian pada bulan Mei yang lalu dan akan menerima ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal pada hari ahad ini di Universiti Teknologi Petronas.

Kedua, saya sebenarnya sudah memulakan tugas saya sebagai seorang jurutera di Petronas Carigali, KLCC dalam bidang Hook Up Comissioning & Decommissioning (aktiviti-aktiviti seperti menguji peralatan platform sebelum dipasang di pelantar minyak dan juga membuka peralatan platform apabila tiba waktu pelantar minyak ditutup).

Tugasan saya sebagai jurutera ini ada kaitan dengan ikatan kontrak pengajian selepas di taja Petronas untuk belajar di UTP. Maka, selepas ini, kemungkinan besar saya akan membuat posting di pelantar minyak ataupun dari luar negara.

Oleh sebab itu, tempoh hari saya mencari pekerja untuk membantu saya dalam penghantaran barangan klien SaifulSham khususnya di luar negara.

Ok fine, berbalik pada topik asal, iaitu perjalanan awal SaifulSham membuat transformasi menjadi dropshipper. Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang dropshipper terutamanya proses membuat deal dengan pengilang.

Untuk kali ini, saya akan ceritakan secebis pengalaman saya dalam journey awal mengubah SaifulSham menjadi dropshipper.

Pada awal perancangan, saya bercadang membuka perniagaan di China iaitu dengan melantik beberapa orang staf di sana dan membuat penghantaran secara direct ke seluruh dunia. Tujuan saya adalah untuk menjimatkan kos penghantaran memandangkan barangan dapat dihantar terus kepada pelanggan selepas menerima pesanan dari laman web. Berbanding jika saya membawa balik barangan itu ke Malaysia, dan menghantarnya ke seluruh dunia selepas menerima pesanan, sudah tentu kos penghantaran menjadi sedikit mahal (double).

Selepas bertanya beberapa orang wholeseller yang sudah senior dalam pasaran dropshipper, rata-rata mereka memberitahu saya proses sebegitu ada risiko yang tinggi.

Pertamanya disebabkan persepsi buruk banyak negara seperti US dan Eropah terhadap barangan yang dihantar dari China. Disebabkan China terlalu popular dengan barangan tiruan, hampir apa sahaja bungkusan yang di hantar dari negara China akan di periksa dan diberikan selian yang ketat.

Beberapa orang wholeseller memberitahu saya, mereka pernah menjalankan operasi dari China dan banyak terjadi kes-kes dimana pelanggan mereka mengadu barangan tidak sampai di tangan mereka.

Oleh sebab itu, banyak wholeseller menggunakan taktik membawa masuk barangan China ke negara lain seperti Singapura dan Malaysia. Disebabkan reputasi Malaysia dan Singapura masih baik, penghantaran barangan ke negara Eropah atau US tidak menghadapi masalah seperti berlaku di China.

Kesimpulannya masih sama, produk masih dibuat di China tetapi ianya akan dibawa masuk dahulu ke negara lain seperti Malaysia. Dan jika terdapat pesanan dari laman web, produk ini akan dihantar dari Malaysia ke negara pelanggan. Nampak kan?

Haha. Saya akan ceritakan lebih lanjut lagi pengalaman suka duka menjadi dropshipper pada masa akan datang. Hendak tahu, kenalah layari SaifulSham selalu.

(Saya tidak berniat mendedahkan laman web dropshipper milik kami buat masa ini)

Bacaan Lanjut:

Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Tips Memilih Dropshipper!
  • Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Dropshipping
  • Masalah DropShipper!


  • Kenapa Laman Web Tidak Pernah Siap?

    Salam Hormat Pembaca Budiman,

    Banyak aspek dalam perniagaan internet sebenarnya sering di salah tafsir oleh mereka yang diluar industri ini. Pada usahawan internet, perkara-perkara seperti ini pada mereka adalah normal, dan tidak ambil pusing sangat, sepatutnya semua orang sedia tahu. Tetapi pada mereka yang baru berkecimpung dalam perniagaan internet, anda perlu tahu ini.

    Laman Web Anda Tidak Pernah Siap

    Tidak pernah siap bermaksud anda tidak akan berhenti mengemas kininya. Tidak wujud satu masa di mana anda hanya berehat sambil goyang kaki sampai bila-bila menanti tempahan masuk. Ia mungkin terjadi seperti itu, tetapi seseorang masih perlu update website untuk anda.

    Ini bermaksud, anda perlu tahu sedikit sebanyak perkara asas bagaimana untuk mengemaskini website seperti menambahkan link, gambar, memadamkan perkataan dan menukarkannya dengan perkataan dan lain-lain.

    Anda tidak tahu melakukan itu semua? Keep on reading. (Saya tahu ramai yang sudah tahu, ini just in case)

    Sebab Perlu Update

    Pertama, kita perlu tahu bahawa banyak pelanggan tidak membeli kali pertama mereka melawat laman web kita. Ada diantara mereka yang akan membeli berbulan-bulan kemudian. Mereka akan mempertimbangkan, wajar atau tidak pembelian mereka. Justified atau tidak.

    Jika mereka lihat laman web kita seperti itu sahaja tidak dikemaskini sejak beberapa bulan, hati mereka akan terdetik. “Website ini jual lagi tak?”

    Dan ia tidak akan efek semua orang, tetapi ada orang yang akan membatalkan niat mereka untuk membeli atas sebab ini sahaja.

    To be on the safe side, better anda update.

    Bentuk Update Yang Terbaik

    Bentuk update yang terbaik adalah update mengikut musim. Kalau time Hari Raya, buat Raya sale. Time Olimpik buat Olimpik sale. Saya tahu ini kontroversi sedikit, jika jual produk fizikal promosi paling best adalah valentine sales. Kenapa? Kerana anda buat promosi jual secara berpasang-pasangan (increase purchase size). :)

    Hendak update laman web ini tidak susah sangat sebenarnya. Tidak perlu redesign semula. Cukup sekadar menggantikan satu dua gambar yang ada supaya pelanggan notice perbezaannya. (lihat Google, mereka ada seasonal update dan mereka hanya ubah logo sahaja)

    Jadi, jangan lupa mengupdate. :)

    Saya jarang mempromosi bengkel kami, tetapi saya lihat post ini a good match dengan keperluan sebahagian anda. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengupdate laman web, pastikan anda menyertai Bengkel Membina Laman Web Kami 17 Ogos ini. Tak join seminar tak apa lagi (someone can do it for you if you want), tetapi anda perlu menyediakan diri anda untuk basic website designing dengan ke bengkel.

    Klik di Sini Untuk Menyertai Bengkel Membina Laman Web Sahaja (RM 250)    -di ruangan catatan, tulis “Bengkel Sahaja”

    Klik di Sini Untuk Menyertai Seminar RBDDI+Bengkel (2 hari untuk RM 640)

    Nota hujung: Bengkel Membina Laman Web HANYA UNTUK mereka yang BELUM PERNAH membina laman web sendiri sahaja.

     

    Good luck!

    Sabri HA
    Consistently Updating

     

    Mentored By a Billionaire- Steve Jobs (CEO Apple Inc)-FREE Gift

    Steve Jobs adalah seorang public speaker yang menarik. Saya terjumpa rakaman ini ketika mencari-cari ucapan-ucapan beliau yang lain. Very inspiring, ucapan ini diberikan kepada mahasiswa di Stamford University. Semua orang patut mendengarnya. Saya ambil kesempatan ini untuk menguploadnya supaya anda turut sama dapat mendengar.

    http://www.saifulsham.com/stevejobs.mp3 (17 minits, 16MB)

    Cuma 17 minit, tetapi sangat moving and inspiring. Oh ya, jika anda baik hati dan ingin berkongsi, anda dipersilakan untuk berkongsi point-point yang anda dapat dari Steve Jobs ini. Orang yang paling baik hati  mungkin akan menang sesuatu yang sangat bernilai dan tidak terduga. :)

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • UrusHartanah.com dan pencarian bakat baru
  • Apa yang perlu anda tahu mengenai 2CO
  • Mencari tajuk buku!


  • What I Did Last Sunday

    Salam Hormat Pembaca Budiman,

    Saya rasa untuk post kali ini, tak dapatlah saya nak post pendek-pendek. Terlalu banyak insan-insan menarik dan perkara yang menyeronokkan saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hari Ahad lepas. Hari yang ajaib dalam hidup saya.

    Ajaib kerana saya rasa seperti baru lepas buat pembedahan plastik. Kiri, kanan, depan, belakang orang cakap saya hensem. :)

    Oh ya, pada hari Ahad lepas saya telah ke Bukit Jalil Golf & Country Club untuk gathering WC yang sangat best dan menyeronokkan.

    wangcybergatheringgl7 

    Pertamanya, terima kasih kepada Shuth (pengasas WC) kerana telah berjaya menganjurkan gathering yang meriah ini. Dengan kejayaan menganjurkan gathering ini, WC telah berjaya meletakkan dirinya di antara komuniti-komuniti utama di Malaysia ini.

    Kedua, saya lebih santai dan relax sangat di perjumpaan ini. Maklumlah sebelum ini saya banyak menjadi penganjur. Menjadi penganjur dan peserta, jadi peserta memang seribu kali lebih best. :) Tahniah sekali lagi kepada Shuth (juga penulis buku Rahsia Blogger). Dan sesungguhnya saya rasa Shuth dah berjaya mengatasi fobia kebanyakan orang yang takut2 untuk melakukan public speaking. Not bad ucapan perasmian Shuth. Terima kasih juga kepada En Farid Sulaiman, co-author Shuth yang membantu dalam pengendalian majlis dan MC yang lively.

    Ok seterusnya, siapa yang saya jumpa.

    Antara orang yang pertama saya jumpa adalah Cikgu Maizul dan En Afzai Afandi. En Afzai saya tahu orang Ipoh, tetapi saya terkejut En Maizul juga dari Ipoh. Saya ingatkan Cikgu Maizul dan Hasrul (seorang lagi veteran WC) satu geng dari Johor.

    Kepada En Afzai, kek NR Yummie tu boleh buat delivery ke seluruh Malaysia tak? Kalau ya nak tempah.

    Oh ya, bercakap mengenai orang yang hadir, saya pasti gathering ini akan lebih meriah jika ada 2 orang hero WC, Zul Smartusaha dan Sham Raja Adsense. (Amboi Sham… tak padan dengan baru kahwin, semua blog hang komen ya… betul ke baru kahwin ni? Kalau saya kahwin, internet saya tak sentuh sebulan :p ) En Farizal pun miss gathering kali ini. Syia, Fai tanya-tanya dah tu. :)

    Saya juga berjumpa dengan En Fauzul, pengurus PTS Milenia. Jika anda tidak tahu En Fauzul juga adalah pemilik E-Kedai.net . Sebuah online bookstore yang aktif di Malaysia.

    Satu perkara saya respek dari dahulu sehingga sekarang mengenai En Fauzul, pembahagian masa beliau sangat tip-top. Beliau adalah pengurus penulis2 bestseller, penerbit buku indie, pemilik perniagaan internet, pemilik ladang kambing dan tidak lupa blogger kepada beberapa buah blog berkaitan penulisan yang popular di Malaysia.

    Beliau buat semuanya sekaligus dan semuanya berjalan dengan baik. Saya sentiasa cuba mengorek rahsia time management beliau. Dengar khabarnya, bulan Januari nanti beliau akan kongsi sedikit. Kalau anda rasa hidup anda banyak masa terbazir, tanya sendiri En Fauzul petua beliau.

    Saya juga berjumpa dengan Deen, salah seorang protege SaifulSham yang menjalankan servis translation. Oh ya, Kak Azaliha juga “Iron Lady yang boleh berjalan di atas kaca”.

    Sedang saya berbual-bual dengan Bitol dan Noorizam Shah (penulis Ebook Kuasa Lelong dan pemilik Pelamin.net) yang pada pendapat saya sangat seiras.

    Yang menarik mengenai perjumpaan WC ini, nama website lagi glamour dari nama tuan punya website. Jika anda memperkenalkan diri, Contoh: “Saya Najib… Orang akan berkata, “Oo…”

    Tetapi bila sebut, “Saya Najib Monakas.com”

    Orang akan berkata, “Oooooo…. Monakas.com tu… Ini En Najib owner dia tu rupanya. Ada iras-iras En Tazilan sikit”

    Begitu juga antara pengomen tegar SaifulSham yang saya jumpa (alumni UTP juga), Cik Rawaida yang bila beliau memperkenalkan diri saya terus sebut “Ohh… Waidakmy tu ya?” Walaupun berbelit, tetapi itu lebih memorable.

    Jadi next time anda menyertai perjumpaan webmaster-webmaster, jangan lupa highlight kan nama website/nickname anda. :)

    Saya juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan Irwan Dahnil & Zamri Nanyan mengenai projek-projek terbaru mereka dan cilok sedikit idea untuk diapplykan di bisnes kami sendiri. Oh ya, Abg Zamri lagi 4-5 bulan, kalau nak upkan iPhone tu jadi 3G, contactlah kami ya. :)

    Saya juga bertemu dengan Abg Bad atau Badruzamani (lebih glamer rasanya bang. Tak nak tukar “brand”? )

    Tidak ketinggalan En Bagak yang saya ingatkan baya-baya saya di online, tetapi rupanya lebih senior. Mawardee pula saya ingatkan tua sedikit dari pada saya cuma berbeza setahun. Sempat juga bertanyakan mengenai strategi PPL yang dilakukannya baru-baru ini. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Memang seronok bersembang, seolah-olah telah lama kenal.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Gobala Krishnan yang telah menghadiahkan saya buku beliau, “The New Millionaire”. Dalam proses pembacaan, sangat menarik dan gaya penulisan Gobala tak ubah seperti Lydia Teh. Sangat senang untuk orang Malaysia sejati seperti saya faham.

    Salam perkenalan juga kepada En Syukri dan Catzer (tak sabar tunggu gambar nih.. hehe…)

    Dan akhir sekali, kepada dua jejaka hensem yang sentiasa tersenyum. Labanon yang kesunyian tanpa Zhafran (Oh Zhafran, sampai hati kau buat Labanon tersesat-sesat di Kota KL). Dan Fai, yang setia memerhatikan dari belakang aktiviti gathering kali ini. Come on Fai, saya rasa Fai ni boleh jadi Malaysian, David De Angelo. Stail bercakap dia cool dan mistik aje.

    Ok, saya rasa bisnes kad di kocek saya telah habis dikeluarkan. Terima kasih banyak-banyak atas pujian ikhlas (ke tak?) ;) anda mengenai kehenseman saya. Anda membuka mata saya mengenai potensi tersembunyi saya (sob… sob… sob-terharu) :)

    Kepada Amirol, tak dapatlah kad bisnes tu. Tak sempat sembang lama. Untuk AbooAin, avatar ada iras-iras. Gambar waktu muda ya? :)

    Oh ya, tidak lupa juga terima kasih kepada bro Irfan Khairi yang berkongsi tips yang membuatkan ramai berfikir. Kepada Kartunis Ubi yang saya nak sangat jumpa tetapi waktu jumpa saya “miss”. Isy3… Sedey betul sebab kartun “Budak Hostel” bro lah sebenarnya antara sumber inspirasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan masuk asrama penuh.

    Kepada Azuwan, next gathering jangan segan-segan lagi eh. :) Kepada Cimok dan Hafiz Peng-U juga, ku ingat kalian teman mesra, rupanya pun kali pertama jumpa ya. :)

    Lagi kepada bro Osman Affan, terima kasih kerana set tempo untuk forum dengan nice. Oh ya, Abg X, ku ingat kamu. Abg X di dunia nyata sebenarnya sangat kemas dan berhemah tinggi. Jauh sekali dari karakter onlinenya yang memegang rekod “Kick Terbanyak” WC. Respek. :) Begitu juga nemesis Abg X, Alang. Walaupun berwajah serius dan penulis emel yang ringkas dan padat, di dunia nyata Alang sebenarnya pandai melawak dan berborak.

    Din Beramboi, Kak G (dapat tambah koleksi tshirt WC ya Kak G) :)

    wangcyber-gathering-2008_007

    Thanks for a ‘hot’  and wonderful afternooneveryone! :)

     

    Sabri

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • No related posts


  • Nak Promosi FREE? Cari Lelaki Ini!

    Salam Hormat Pembaca Budiman,

    Saya nak menulis sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua, tetapi memandangkan hari ini, “Saturday Night” dan sebagai seorang bujang trang tang-tang, tidak manis lah untuk saya menulis rasanya. Nerd sangat, malam-malam minggu duduk depan komputer… hehe… :)

    Jadi saya pendekkan.

    Esok, saya akan ke Gathering WangCyber yang pertama, dan gathering ini disertai oleh 79 orang lagi (pendaftaran telah ditutup kepada mereka yang terlepas, tak apa. Next time ada) . Kebanyakan mereka adalah pembaca blog ini.

    Jadi saya ingin membuat pengumuman,

    Esok, sesiapa sahaja yang approach saya, memperkenalkan diri DAN memberi saya business card mereka, saya akan buat sesuatu untuk anda. (tak ada business kad, guna kertas koyak dari buku-asalkan ada nama dan URL pun takpe)

    Sebagai ganjaran untuk keberanian anda, saya akan buat satu post khas mengenai gathering ini di SaifulSham dan saya akan link kan ke laman web mereka yang saya ada business cardnya. FREE. :) Jadi pembaca-pembaca SaifulSham yang tidak ke gathering tersebut boleh klik link tersebut untuk melawat blog anda. Satu promosi nih. :)

    Oh ya seperti biasa, mereka yang proaktif akan dapat lebih. Sesiapa yang ayat pertama beliau, “Hensem betul Sabri hari ini ya“, saya akan tambah description 25 patah perkataan kepada link beliau. Chances untuk orang klik lagi tinggi jika ada description. hehe.

    Jadi, jangan lepaskan peluang ini! :)

    In case anda tidak sure yang mana satu saya, ini gambar saya… hehem…

    passportsize

    Oh ya, in case anda berjumpa saya esok ada ayat lain yang telintas di minda anda (seperti, amboi- besarnya Sabri sekarang), simpan… hehe… 25 patah perkataan tu beza perkataan besar dan hensem… kontrol tau…. ahaxz… :)

    Jumpa di sana!

     

    Sabri
    Menarik, Tertarik, Ku Memang Tembam

    p/s: Antara peserta lain, Shuth, Team Flarebiz, Gobala, Kak G, Norizam & banyak lagi! :)

    p/s: Oh ya, Selamat Pengantin Baru kepada Sham Raja Adsense Bergelar Raja Seminggu Minggu Ini (Majlis di Rumah Pengantin Perempuan Minggu ni, dan Pengantin Perempuan Minggu depan, jadi seminggulah beraja : ) )

     

     

     Selamat Pengantin Baru Sham! 

     

     

     

    Sham boleh dikatakan orang yang pertama menggegarkan industri ebook negara kita dengan segegar-gegarnya. Ebook pertamanya, Raja Adsense menjadi benchmark kepada kejayaan ebook2 lain yang dilancarkan selepas itu.

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Model Wanita Atau Lelaki?
  • Tips percuma pelaburan tanah
  • Tudung Wardina & Tudung Siti Nurhaliza


  • Syazwan memerlukan pekerja separuh masa di KL

    Hello pembaca SaifulSham,

    Saya amat memerlukan seorang pekerja separuh masa untuk mengambil alih tugasan menghantar produk perniagaan SaifulSham Consultants ke dalam dan luar negara.

    Saya akan menetap di Kuala Lumpur pada bulan ini, dan disebabkan saya mempunyai banyak tugasan lain, saya memerlukan seorang pekerja yang dapat mengambil produk dan menghantarnya ke klien kami di pejabat pos.

    Saya akan membiayai gaji dan kos penangkutan pekerja bagi datang ke stor barangan dan menghantarnya ke pejabat pos.

    Kelulusan tidak diperlukan. Sebaik-baiknya adalah lelaki.

    Hubungi saya di wsyazwan(at)gmail.com. Sekian,
    Wan Mohd Syazwan

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Produk cakera padat diharam ke luar negara!
  • Pelaburan Hartanah :Siri 1
  • Derma sambil mengaut keuntungan!


  • Cari GodFather Anda Sendiri (Ia Wujud)

    Nota: Jemput-jemput masuk. Anda tidak salah tempat, Blog SaifulSham lah ni. Duduklah dan jemputlah memberi komen seadanya. Minta maaf kalau ada habuk dan bunyi bising sikit, Site Under Construction. :)

    Salam Hormat Pembaca Budiman,

    Saya masih dalam terapi penulisan pendek. :) Hari ini saya akan menyambung tips memulakan perniagaan internet dengan kos yang rendah. (cari duit di Internet dengan bajet student)

    Dalam pos lepas, saya telah berkongsi 2 tips cari modal hari ini saya ingin berkongsi satu tips lagi yang saya rasa paling menarik.

    Cari rakan-rakan anda yang “berduit”/mempunyai sesuatu untuk dijadikan partner

    Dalam hal ini, anda boleh mencari angel investor yang bersedia untuk memberi anda wang untuk anda menjalankan perniagaan internet anda. Ini berbeza dengan pinjaman, kerana pinjaman anda perlu membayar balik.

    Sebagai contoh, SaifulSham “menaja” Ali. SaifulSham menyediakan segala-gala kemudahan memulakan dan menjayakan perniagaan internet Ali. Apa sahaja perisian, kemudahan yang Ali mahu akan SaifulSham sediakan. Tugas Ali pula adalah menguruskan dan menjayakan projek tersebut. Di samping menyediakan modal, SaifulSham juga membantu menyediakan roadmap dan pelan pemasaran perniagaan internet Ali.

    Sebagai balasan, mereka akan berkongsi keuntungan mengikut ratio yang dipersetujui.

    Dengan cara ini Ali mendapat jumpstart dari segi pengalaman dan knowledge manakala SaifulSham dapat menambah passive income mereka DAN mengenalpasti talent2 untuk diserapkan dalam team mereka. :)

    Strategi ini saya pernah lihat bukan sahaja di amalkan oleh kami, tetapi juga oleh beberapa orang rakan kami (pelajar juga), Mereka mencari duit untuk membeli stok dengan mengajak rakan-rakan mengumpul modal.

    Saya rasa strategi ini yang paling best di antara banyak-banyak strategi cari duit untuk dibuat modal. SaifulSham juga mempunyai godfather dan pada masa yang sama menjadi godfather.

    Namun, apabila bercakap mengenai pembahagian ratio profit ini ada satu masalah yang wujud. Ada orang yang lebih gemar mempunyai 100% kek yang kecil dari 50% kek yang 100 kali ganda lebih besar. Dalam kata lain, mereka mempunyai scarcity mindset berbanding abundance mindset. Komen saya, no comment. Your business, your decision! :)

    Good luck!

    Sabri
    Internet Capitalist

    p/s: Anda tidak kenal sebarang godfather untuk membantu? Think again. ;) Our email is as above. However, only brilliant entrepreneur who really knows what he want need to apply. :)

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Tips Mahal Untuk Cari Produk Yang Boleh Di Jual Di Internet
  • Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Dropshipping
  • Minta Alien Culik Pesaing Bisnes Internet Anda


  • Kumpul Modal Dengan Bajet Student

    Salam Hormat Pembaca Budiman,

    Oleh kerana frasa perkataan “akuan bersumpah” dan “Saiful” (Google Trends) sudah reda popularitinya, saya tidak akan melakukan akuan bersumpah lagi. Tetapi saya akan keep it short. :)

    Ramai pembaca SaifulSham adalah mahasiswa ataupun golongan muda dan tak berapa muda yang ingin memulakan bisnes/bisnes internet/cari duit dengan kos yang rendah.

    Saya faham dan saya akan share beberapa tips dalam post ini dan beberapa post yang akan datang.

    Tips pertama saya, peruntukkan fixed amount yang sesuai sebagai modal dahulu sebelum menolak belanja lain. (saya cadangkan RM 100) Contoh, daripada scholar atau gaji anda, ambil terus RM 100 dan masukkan ke dalam tabung/debit kad.

    Jika anda rasa RM 100 tak cukup, ambil lagi RM 100 pada bulan hadapan. Jangan ambil banyak sangat, it will defeat the purpose.

    Kemudian baru bakinya ada gunakan untuk bajet lain. Percayalah, you will survive and you will be ok. Macam ramai remaja yang guna duit untuk beli handphone, modify kereta atau beli rokok. Mereka tak plan pun, mereka beli dan mereka tahu yang somehow mereka akan pandai-pandailah usaha cari duit tambahan bila duit dah tak ada.

    001_31

    Anda pun perlu lakukan perkara yang sama.

    Ini kerana, jika anda simpan sedikit-sedikit, sangat biasa jika tiba-tiba ada kecemasan yang berlaku dan anda terpaksa menggunakan duit tadi untuk perkara lain. Akhirnya, rancangan hanya tinggal rancangan.

    Tips kedua saya, anda juga perlu menjadikan aset anda liquid atau cair. Cuba lihat sekeliling anda. Apa benda yang anda ada tetapi anda tak gunakan sangat? Speaker, 2nd handphone, gitar, buku teks, jam, jadikan benda ini duit. Jualkan.

    Bila bisnes anda berkembang nanti anda akan boleh beli yang lebih baik (hopefully), jadi, don’t sweat it. Additional tips, barangan berjenama, jual di Lelong atau Ebay, Open Market. Harganya akan lebih tinggi berbanding jika anda menjual pada kawan-kawan.

    Tetapi untuk item seperti speaker, mouse, keyboard, buku teks dan barangan2 yang student banyak guna tetapi orang luar jarang, better tolak sahaja pada kawan-kawan. Harganya lebih tinggi dari jual di open market. Dan, terima hanya cash. Hutang-hutang tak main ya. :)

    Dan elakkan meminjam duit kawan untuk buat bisnes. Tak sesuai dan kadang-kadang kita tak rasa begitu bertanggungjawab atas duit tersebut. (pengalaman kawan-kawan)

    Ok, saya rasa itu sahaja 2 tips dari saya, another 2 tips yang lebih menarik untuk cari duit memulakan bisnes kecil-kecilan sehari dua lagi.

    Good luck!

    Sabri
    Small Banker

    Bacaan Lanjut:

    Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Cari GodFather Anda Sendiri (Ia Wujud)
  • Pelaburan Hartanah: Siri 2
  • Tips mengiklan produk diinternet : Frekuensi